JAKARTA TRIP 18-20 MEI 2013

Assalamualaikum kepada semua Tabita Lover's...

Untuk makluman semua, saya telah ke Jakarta pada 18-20 Mei 2013 semata-mata untuk mengetahui sendiri mengenai isu tabita , disamping nak berjalan-jalan sebenarnya.. hehe......

sejak artikel yang keluar di Singapore mengenai larangan penggunaan produk tabita yang dikeluarkan oleh sebuah akhbar tempatan disana pada bulan lepas, sangat membingungkan saya.. jadi di sini ada beberapa info penting mengenai tabita yang mungkin boleh dikongsikan kepada Tabita Lover's semua..

Pada awal perancangannya, rakan niaga saya di jakarta iaitu Ai telah bersetuju untuk bawa saya bertemu dengan pengasas sebenar Tabita skincare iaitu Ibu Desi Damayanti. Tapi disaat2 akhir, Ibu Desi tidak dapat hadir kerana ada urusan yang tak dapat dielakkan. Jadi beliau cuma dapat bawakan saya berjumpa dengan Ibu Sri Yuniar Tini atau lebih mesra dipanggil Ibu Tini. Ibu Tini adalah merupakan sahabat baik BFF merangkap pembantu peribadi Ibu Desi yang sangat setia sejak 9 tahun lepas. Segala urusan agent2 Tabita Skincare di Indonesia adalah dibawah pemantauan beliau. huhh.. cukupla begitu bagi saya.. kalau tak dapat jumpa ibu desi pun takpa.. cukup ibu Tini yang dapat terangkan saya tentang kemusykilan produk Tabita ni.. saya pun faham Ibu Tini banyak sangat bisnes yang perlu dia uruskan bersama suaminya. ibu tini pun dah cukup memberikan info mengenai tabita ni.

Saya dan Ibu Tini, Sempat lagi berposing


Kami telah bertemu di Amaris Hotel Mangga Dua Square, Jakarta sekitar jam 10.30mlm pada 18/5/2013. Itu pun pada awalnya hampir2 rancangan pertemuan ini terbatal kerana pada mulanya saya yang mahu ke stokis mereka di TengSel yang mengambil masa sekitar 2 jam dari Mangga Dua Square. Tetapi keadaan yang tak mengizinkan sebab saya terlalu penat dan ingin menunda pertemuan pada 19/5/2013. Tetapi ibu Tini pula yang ada hal pada 19hb tu... saya mengucapkan jutaan terima kasih kerana Ibu Tini sudi datang menjenguk saya di Hotel Amaris... Ibu tini datang bersama suami, kakak, Ai (rakan niaga saya) dan teman wanita Ai.... bila diselidik rupa2nya Ai adalah anak kepada kakaknya.. kiranya Ai itu adalah anak saudara Ibu Tini.... patutla saya tengok mereka sangat mesra...


saya dimaklumkan sekarang ada 4 orang di Indonesia yang mengaku bahawa Tabita adalah miliknya.. mengaku bahawa dia adalah pengasas tabita... antaranya ialah Calista, Tri dan Desi dan sorg lagi saya tak ingat.... tetapi pemilik sebenar jenama Tabita ini adalah Ibu Desi Damayanti dan suaminya Pak Tony Hutapea. Jadi kalau ada reseller lain di Malaysia atau Indonesia yang bagitahu set dia dari pemilik selain dari Ibu Desi dan Pak Tony, maka set itu adalah FAKE..!!
Bukti Tabita Skincare adalah hak milik Ibu Desi ialah salinan sijil ini, SERTIFIKAT MEREK. Senang cerita di Malaysia macam Sijil Hak Paten..



P/S : Mintak maaf banyak2 sebab saya terpaksa meletakkan watermark banyak-banyak ke atas photo sijil ini sehinggakan mungkin menganggu penglihatan anda. Saya telah diberitahu dan diamanahkan sendiri oleh Ibu Tini sendiri agar berbuat begitu agar pengedar Tabita Palsu tidak mencuri salinan photo ini untuk kepentingan peribadi... salinan sijil ini telah selamat saya bawa pulang ke Malaysia...

Istimewanya salinan sijil ini ialah telah diakui sah dan telah ditandatangani sendiri oleh Pak Tony dan Ibu Desi...

Serba sedikit tentang sejarah Ibu desi dan Tabita.
Ibu desi telah bersama-sama dengan Tabita sejak 15 tahun lepas... rencananya hanyalah untuk penjualan tempatan dan sendiri sahaja dan beliau sendiri tak menyangka menjadi popular di Malaysia dan Singapore sejak 3-4 tahun kebelakangan ni sehinggakan banyak individu yang tak bertanggungjawab meniru produk ini.. kenapa ramai sekali yang meniru? senang je jawapanya.. kerana produk ini mendapat sambutan dan ramai pengguna sangat-sangat berpuas hati dengan produk ini....

Ibu tini juga ada menegaskan ciri-ciri yang bukan hak milik Tabita Skincare Original :
1. Packaging yang bocor pada botol toner dan facial soap,
2. Travel Pack yang berwarna warni (contoh pink, purple, white) bukan dari owner Ibu Desi
3. Hanya 2 jenis set sahaja yang dikeluarkan iaitu :
    - Exclusive Set, dan
    - Regular Set
4. Packaging dari Ibu Desi memang tidak diwrap dengan plastik transparent nipis (press vacum plastic) untuk botol toner dan facial soap, tetapi ada beberapa agen yang berbuat demikian sebagai inisiatif agar kemasan lebih cantik,
4. Selain itu boleh rujuk di sini untuk mengenali Tabita Palsu,

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...