CARA MENGENALI PRODUK DESI DAMAYANTI SKINCARE ASLI

Assalamualaikum dan Salam sejahtera semua,

Hari ni Sis Zara terpanggil untuk terangkan kepada semua untuk mengenali produk Desi Damayanti CV Tabita yang ASLI.

Seperti yang semua tahu, sebelum jenama Desi Damayanti Skincare ni keluar, produk ini menggunakan brand atas nama TABITA SKINCARE. Pemegang hak paten yang sah bagi produk TABITA SKINCARE ialah Tonny Hutapea. Bukti TABITA SKINCARE adalah milik Tonny Hutapea melalui salinan Sertifikat MEREK ini, (Kalau di Malaysia macam Sijil Hak Paten). 



Kisahnya pada tahun 2014, apabila produk Tabita Skincare yg PALSU banyak dijual secara berleluasa, dan susah nak dibendung terutamanya apabila produk palsu ini telah dibawa masuk ke negara luar seperti Malaysia, Singapore, maka pemilik asal produk ini iaitu Tonny Hutapea telah memberhentikan penjualan produk diatas nama Tabita Skincare dan digantikan dengan jenama Desi Damayanti Skincare CV Tabita. Kalau semua nak tau, nama Desi Damayanti adalah merupakan nama arwah isteri beliau yang telah meninggal dunia pada May 2015. 

Sila semak keratan akhbar dibawah, untuk maklumat pemberitahuan mengenai pemberhentian penjualan produk atas jenama Tabita Skincare. Artikel ni keluar pada tahun 2015.






Jadi bila pemilik produk sendiri dah bagitau macam tu, then masih ada lagi produk atas jenama Tabita Skincare dijual berleluasa hingga sekarang, itu bermakna produk itu adalah produk PALSU. Tapi kalau korang nak guna juga, takde masalah. Sis Zara cuma nak bagitau je tau. 

Ok berbalik kepada tajuk utamanya. Cara mengenali produk Desi Damayanti Skincare Asli. Kalau ada yang ternampak label jenama TABITA SKINCARE tu dah confirm2 PALSU ye. Sekarang ada pula produk Desi Damayanti Skincare Palsu. Ciplak habis habisan dengan produk Desi Damayanti Skincare Asli. So Sis Zara tunjukkan ciri-ciri packaging set DDS Asli seperti kat bawah ni :

*update latest : 21/2/2019

Pastikan ada simbol tandatangan di bawah setiap produk yang ada dalam paket Exclusive. Bagi paket Regular set pula, simbol ini hanya ada pada produk Facial Foam 120ml dan
Smooth Lotion 100ml sahaja. 

Sticker Hologram di setiap produk yang terdapat dalam Paket Exclusive dan Regular Set.


Tiada lagi penggunaan sticker label bagi setiap produk DDS asli.

Maklumat produk dan maklumat ringkat syarikat pengeluar ada tertulis di sebalik botol.

Sis Zara harap, artikel ini dapat membantu pengguna diluar sana ya. Untuk makluman semua, artikel ini dikhaskan untuk produk DDS Paket Exclusive dan Regular sahaja. Kalau trial set pula, pelanggan harus "extra" hati-hati ya. Pastikan anda membeli trial set dari agen yang jujur, sebab ada sesetengah agen yang mencedok krim dari set DDS palsu. 

Jadi, jika anda berhajat nak beli set Exclusive dan Regular set, pastikan ciri-ciri packaging yang sis zara dah explain tadi ada. Jika takde, awal-awal korang WAJIB reject produk tu.

Artikel ini akan dikemaskini dari masa kesemasa, kerana packaging akan sentiasa berubah, untuk mengelakkan produk DDS diciplak 100%.

Terima kasih.

SIS ZARA RAZALIđź’•
DDS Trusted Distributor since 2013

~ COD area SEREMBAN, Negeri Sembilan
~ Poslaju seluruh Malaysia
+6017-3186543



Nak dapatkan set DDS Asli? Whatsapp Sis Zara Sekarang !!! Tekan link ini >>><<<< 









No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...